Tuesday 3 October 2017

10 teka-teki yang akan membuatkan anda tidak senang duduk

Menjawab soalan teka-teki sememangnya mencabar minda. Adakalanya jawapannya pula seperti tidak masuk akal, tetapi itulah teka-teki. Mari jawab teka-teki di bawah dan lihat hasilnya.

#1 Bilakah kita melihat nombor 2 tetapi sebut '10'?

#2 Di Afrika, jenama Nike berhadapan dengan masalah di mana banyak kasut snikers telah dicuri daripada kilang. Soalannya, apakah yang dilakukan oleh pihak syarikat untuk mengelakkan masalah kecurian tanpa mengeluarkan wang untuk mengupah pengawal?

#3 Huruf manakah yang berwarna coklat?

#4 Seorang lelaki tinggal di tingkat 17. Dia hanya akan menaiki lif ketika waktu hujan atau jika ada jiran yang turut menaiki lif bersamanya. Tetapi, jika hari tidak hujan atau dia keseorangan di dalam lif, dia hanya akan menaiki sehingga tingkat 9 dan keluar menaiki tangga pula selepas itu. Mengapa dia berbuat demikian?

#5 Anda melihat seorang gadis duduk, tetapi anda tidak boleh duduk di tempat gadis tersebut walaupun dia telah bangun dan berlalu pergi. Di manakah gadis itu telah duduk sebenarnya?

#6 Sebuah hotel mempunyai tujuh tingkat. Di tingkat bawah, ada empat orang dan terdapat dua orang lagi di setiap tingkat yang lain. Tingkat manakah yang akan menggunakan lif dengan lebih kerap?

#7 Bagaimanakah anda seharusnya membaling sebiji bola tenis supaya ia kembali kepada anda semula?

#8 Orang di kedudukan manakah yang akan tercedera dalam gambar ini?

#9 Beberapa orang telah diminta untuk melompat ke atas sebatang pensil yang diletakkan di atas lantai, tetapi tidak ada seorang pun yang boleh melakukannya. Mengapa?

#10 Jika hujan turun pada pukul 12 pagi, bolehkah anda menjangkakan cuaca cerah dalam masa 72 jam?

Jawapan:

  1. Apabila kita melihat jam tangan kita.
  2. Nike membina kilang lain dan mula mengeluarkan kasut kiri dan kanan secara berasingan.
  3. Huruf C adalah jawapan yang tepat.
  4. Lelaki itu sangat rendah. Dia hanya boleh menekan butang 17 di lif dengan menggunakan payung atau dengan bantuan jiran.
  5. Gadis itu duduk di pangkuan anda.
  6. Tingkat bawah.
  7. Baling ke arah atas.
  8. Kepala orang dikedudukan D akan tercedera akibat terkena bola yang bergolek. Orang dikedudukan C pula akan dicederakan oleh paku apabila bola tadi bergolek di atas timbangan. Manakala, orang dikedudukan B akan tercedera selepas bola dikawasan C melantun ke atas.
  9. Ia diletakkan di sebelah dinding.
  10. Tidak, kerana ia akan kembali menjadi waktu pagi semula.
Era Baru

The post 10 teka-teki yang akan membuatkan anda tidak senang duduk appeared first on Era Baru Malaysia.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini