Tuesday 3 October 2017

Dahulu tukang kebun, kini pengetua kolej. Kisah inspirasi ini sungguh mengagumkan.

Benarlah kata orang 'tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu'. Itulah yang berlaku kepada Ishwar Singh Bargah yang pada suatu ketika dahulu merupakan tukang kebun di sebuah kolej tetapi kini merupakan pengetua di kolej yang sama.

Berasal dari sebuah kampung kecil di Chattisgarh, Bargah menamatkan sekolahnya di desa Ghutiya dan Baitalpur dan kemudian berpindah ke Bhilai sekitar tahun 1985 untuk mencari pekerjaan. Beliau mula bekerja sebagai jurujual pakaian dengan gaji minimum sebanyak RM9.70 sebulan.

Tidak berapa lama kemudian, bapa saudaranya mengajaknya bekerja di Kolej Kalyan, Bhilai, sebagai seorang tukang kebun di mana bayarannya lebih baik.

Walaupun sibuk bekerja, Bargah telah mendaftar untuk mengikuti program Sarjana Muda. Dedikasinya kepada pekerjaan itu mendapat banyak penghargaan daripada pihak berkuasa kolej. Di kampus yang sama, beliau telah diberi tugas sebagai penjaga tempat letak kereta, penyelia pembinaan dan pelbagai peranan lain.

Selepas tamat pengajian pada tahun 1989, pihak berkuasa kolej mengambilnya bekerja sebagai guru kraf. Beliau bekerja sebagai guru pada waktu siang dan pengawal pada waktu malam. Selepas itu, beliau dinaikkan pangkat sebagai penolong profesor.

Walaupun sudah dinaikkan pangkat tetapi Bargah masih meneruskan hasrat untuk menuntut ilmu. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan, beliau meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Falsafah dan seterusnya ke peringkat Ijazah kedoktoran.

Bargah telah mengikui semua program pendidikan daripada kolej yang sama yang dikendalikan oleh Chhattisgarh Kalyan Shiksha Samiti.

Untuk mengakui kerja keras dan keazaman Bargah yang begitu membara, ahli Samiti telah mencadangkan namanya untuk kolej mereka yang baharu ditubuhkan di Aheri iaitu Chhattisgarh Kalyan Shiksha Mahavidyalaya. Pada tahun 2005, beliau menyertai kolej tersebut sebagai pengetua sehingga kini.

Siapa sangka, dahulunya mengambil upah sebagai tukang kebun tetapi kini menjadi pengetua di kolej yang sama. Ishwar Singh Bargah adalah contoh yang menunjukkan betapa kita memerlukan keazaman yang kuat untuk berjaya. Beliau bukan sahaja berani memasang angan-angan yang besar tetapi bekerja keras untuk memenuhi impian tersebut.

Kebanyakan orang menjadikan kemiskinan dan kekurangan sumber pendapatan sebagai alasan mengapa mereka tidak mampu berjaya walhal, mereka tidak menyedari bahawa kuasa untuk mengubah hidup mereka terletak pada tangan mereka sendiri!

Era Baru

The post Dahulu tukang kebun, kini pengetua kolej. Kisah inspirasi ini sungguh mengagumkan. appeared first on Era Baru Malaysia.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini