Tuesday 3 October 2017

DAP sedang siapkan dokumentari pemilihan semula CEC

guan-eng-dap

GEORGE TOWN: DAP sedang menyiapkan proses dokumentasi sebelum membuat pengumuman mengenai arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk parti itu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata parti itu sedang dalam proses menyiapkan dokumentasi dan satu sidang akhbar dijangka diadakan dalam masa terdekat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

“Saya sepatutnya jawab soalan itu di KL kerana ini berkaitan dengan JPPM dan kami dapat semua fakta di sana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 17 Julai, DAP menerima surat daripada JPPM yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Arahan itu dikeluarkan berikutan JPPM masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.

Menurut laporan media sebelum ini, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dilaporkan berkata pemilihan semula dicadangkan pada 10 September.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini