Tuesday 3 October 2017

Jurulatih Renang Negara Ditahan Polis Kerana Dua Kali Rogol Atlet Renang

Seorang atlet renang negara telah membuat laporan polis selepas mendakwa jurulatihnya itu merogol dirinya. Menurut satu laporan dari Harian Metro, suspek berusia 35 tahun itu juga memiliki status (Penduduk Tetap) telah ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah.

“Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol berkenaan berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan,”

Suspek pernah terlibat pada acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Mangsa pula tidak terlibat dalam mana-mana acara Sukan SEA yang lalu.

Suspek berada di Malaysia sejak lima tahun lalu dan juga merupakan bekas atlet Olimpik. Menurut satu sumber yang tidak mahu dikenali, atlet yang baru berusia 20 tahun itu dikatakan telah dirogol sebanyak dua kali.

Kali pertama kejadian itu berlaku pada 2016 ketika menjalani latihan di Singapura manakala kali terakhir ketika di dalam tandas gimnasium. – kakishare.

…………………………………………………….

“TUNJUK HARGA PROMOSI TAPI BILA BAYAR HARGA ASAL!” – PASAR RAYA KELIRUKAN PELANGGAN DIKECAM NETIZEN

 


Merancang perbelanjaan rumah adalah satu perkara penting buat mana-mana keluarga dan jika sudah pasti para pengguna mahu mendapatkan barangan pada harga tawaran seperti yang dijanjikan.

Namun, kadang-kadang berlaku sedikit kekeliruan apabila harga yang dipamer tidak sama dengan harga yang dibayar. Inilah yang terjadi kepada Ruzniza Mohammad yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah pasar raya di Prima Saujana, Kajang.
Mungkin ada sesetengah pelanggan yang telah dianiyai jika mereka tidak memeriksa resit bayaran sebelum keluar dari pasar raya. Ikut perkongsian dari wanita ini dibawah.

Malam (24 September 2017) tadi kami sekeluarga pergi membeli belah di pasar raya G**** di Prima Saujana Kajang. Ada banyak barang yang diletak harga promosi. Antaranya ialah Sos Cili Life dan Maggi Cup.

Sos Cili Life untuk dua hotol, harganya RM8.49 (harga asal RM4.99 sebotol) dan Maggi Cup pula RM7.99 (harga asal RM9.80). Namun begitu, apabila kami membuat pembayaran di kaunter bayaran, tiada diskaun bagi kedua-dua barang ini menyebabkan kami mempertikaikan harga itu pada juruwang yang bertugas.

Juruwang itu kemudian memanggil penyelianya dan kami jelaskan apa yang berlaku dan tunjukkan gambar harga promosi barangan tersebut di telefon kami. Mungkin beliau mahu mengesahkan maklumat tersebut, beliau telah pergi ke tempat barangan itu dan mengambil kertas yang ditulis harga promosi dan memasukkan kod baru bagi kedua-dua barangan tadi mengikut harga promosi, dengan wajahnya yang tidak berpuas hati dengan kami.

Walaupun terbukti yang G**** ini menipu pelanggannya, tetapi penyelia berkenaan tidak pula meminta maaf atau  memberi sebarang penjelasan. Sebaliknya beliau hanya datang dan menekan mesin di kaunter dan berkata, “Okay, harga dah sama dengan harga promosi” dan berlalu pergi begitu sahaja.

Ini merupakan kali ketiga kami terkena dengan penipuan sebegini untuk tahun ini. Sebelum ini pasar raya ini juga melakukan perkara yang sama terhadap dua barang yang kami beli iaitu beras dan juga Maggie. Selepas bertekak dengan mereka, barulah kami mendapat harga promosi seperti yang dipamerkan.

Berbalik kepada kes ini tadi, bayangkan sudah dua hari mereka telah menipu orang ramai yang membeli dua barangan ini dan sudah berapa ratus ringgit mereka telah ambil daripada pelanggan? Malah mungkin sudah mencecah ribuan ringgit. Itu baru daripada dua barang ini, barang-barang promosi yang lain kami tidak tahu kerana kami tidak membelinya.

Oleh itu saya nasihatkan kepada semua orang ramai, jika anda membeli barangan yang dijual dengan harga promosi di pasar raya, sila semak harganya dengan betul dan pastikan harga bayaran yang tertera di resit bayaran saman dengan harga promosi. Jangan main bayar atau terus jalan tanpa memeriksa resit bayaran.

Begitu juga kepada pihak yang berwajib, rajinkanlah diri membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan orang ramai tidak ditipu dan dianiaya oleh peniaga-peniaga yang tamak dan tidak bertanggungjawab ini. -kakishare.tv



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini