Tuesday 3 October 2017

Kerajaan haramkan 10 terjemahan Al-Quran

Ahmad-Zahid-Hamidi_alquran_600

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri hari ini mengarahkan pengharaman 10 terjemahan Al-Quran, termasuk 4 penerbitan berasaskan terjemahan oleh penterjemah terkemuka kelahiran India, Abdullah Yusuf Ali.

Menurut warta diterbitkan Jabatan Peguam Negara bertarikh 28 September 2017 dan ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pengharaman itu kerana 10 terjemahan itu “mungkin menggemparkan fikran orang ramai dan mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang”.

Antara yang diharamkan ialah terjemahan Abdullah Yusuf Ali di bawah tajuk “Al-Quran Translation” terbitan Knowledge Inbound Sdn Bhd, “The Quran Modern English Translation” oleh SAM Synergy Media, dan “Translation of the Quran” oleh Multiracial Reverted Muslims.

Turut diharamkan “The Meaning of The Glorious Qur’an” edisi Korea dan “The Meaning of the Holy Quran” edisi Cina terbitan Persatuan Kebajikan Khawaja Moinuddin Chisti (Kuala Lumpur & Selangor).

Satu lagi penerbitan diharamkan ialah terjemahan Al-Quran oleh Muhammad Farooq-i-Azam Malik, “The Meaning of Al-Quran (The Guidance for Mankind)” terbitan A.S. Noordeen.

Terjemahan Al-Quran Abdullah Yusuf Ali dalam Inggeris adalah antara yang paling popular di dunia Islam, sejak edisi pertama diterbitkan pada 1930-an.

Warta dikeluarkan pada hari sama pengharaman 4 lagi buku, 3 daripadanya diterbitkan Islamic Renaissance Front (IRF).

Tiga buku itu termasuk “Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan”, iaitu terjemahan daripada karya asal Mustafa Akyol, penulis Turki yang baru-baru ini ditangkap pihak berkuasa agama di Kuala Lumpur, sebelum dilepaskan berikutan tekanan bekas presiden Turki, Abdullah Gul dan pihak istana di Malaysia.

Dua lagi buku IRF yang diharamkan merupaka 2 jilid dalam siri “Wacana Pemikiran Reformis”, membincangkan kejumudan pemikiran umat Islam, dan disunting oleh Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, pengarah kumpulan itu.

Manakala buku “Aku _____, Maka Aku Ada!” adalah buku ke-7 karya novelis Faisal Tehrani yang diharamkan setakat ini.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini