Tuesday 3 October 2017

Lucu! Aksi singa laut yang marah kerana tidak berjaya merampas ikan yang dipancing oleh sebuah keluarga benar-benar mencuit hati

Pada suatu hari, sebuah keluarga telah menghabiskan waktu petang mereka dengan aktiviti memancing di laut. Ketika sedang fokus menunggu umpan dimakan ikan, tiba-tiba salah satu pancing tertarik ke arah laut. Masing-masing begitu teruja untuk menarik pancing tersebut ke atas darat.

Tiba-tiba salah seorang daripada ahli keluarga melihat seperti ada sesuatu yang mengejar pancing mereka dari dalam air. Setelah mengamati, rupa-rupanya singa laut yang mengejar pancing mereka. Suasana bertukar menjadi kelam-kabut kerana mereka cuba untuk menyelamatkan hasil tangkapan mereka.

Saksikan bagaimana gigihnya singa laut tersebut mengejar untuk merampas ikan daripada mereka tetapi akhirnya pulang ke laut semula dengan perasaan marah dan hampa.

Era Baru

The post Lucu! Aksi singa laut yang marah kerana tidak berjaya merampas ikan yang dipancing oleh sebuah keluarga benar-benar mencuit hati appeared first on Era Baru Malaysia.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini