Tuesday 3 October 2017

Mengejutkan! Tasik air tawar terbesar di China mengering sehingga membentuk padang rumput yang luas

Amat mengejutkan melihat foto ini apabila mendapati bahawa tasik air tawar terbesar di China telah menjadi kering dan kontang dan ditumbuhi padang rumput. Tasik Poyang terletak di Wilayah Jiangxi di utara China.

Tasik ini berkeluasan tiga kali saiznya dari Greater London, telah menjadi kering kontang berikutan kurangnya taburan hujan di kawasan tersebut semenjak pertengahan September 2016.

Dari imej yang diambil pada bulan November 2016 di bandar Lushan, tasik yang dalam, luas dan dipenuhi air yang banyak ini telah bertukar menjadi padang rumput yang sangat luas sehingga membolehkan penduduk sekitar Lushan berjalan kaki menyeberanginya.

Foto mengejutkan yang telah dirakam menunjukkan tasik air tawar terbesar di China, Tasik Poyang telah kering.

Satu kapal besar telah terdampar di dasar Tasik Poyang di Daerah Lushan di Jiujiang pada 2 November 2016 selepas tasik ini menjadi kering.

Saiz Tasik Poyang telah mengering dan semakin mengecil setiap tahun.

Telah dicatatkan bahawa tasik ini berukuran 4,500 kilometer persegi dan adalah terbesar di China. Menurut Jabatan Rizab Semulajadi Kebangsaan Jiangxi Poyang, saiz tasik ini adalah tiga kali besarnya dari Greater London yang meliputi keluasan 1,572 kilometer persegi.

Secara sejarah, tasik ini telah menjadi tempat dan habitat dengan banyaknya ikan air tawar dan udang serta membekalkan bekalan air kepada sawah-sawah padi berdekatan.

Namun begitu, foto yang diambil di Jiujiang telah mendedahkan kepada dunia keadaan yang sebaliknya. Di wilayah itu satu kapal besar telah didapati terperangkap dan terdampar di bekas dasar Tasik Poyang.

Pulau Luixingdun, pernah menjadi pemandu arah kapal dan bot serta menjadi rumah api, kini dikelilingi padang rumput yang luas dengan lembu ternakan bebas meragut rumput di kawasan tersebut.

Pulau Luixingdun pernah menjadi tempat penunjuk arah bagi kapal dan bot serta menjadi rumah api, kini diselubungi padang rumput yang luas dengan lembu-lembu bebas berkeliaran meragut rumput di tasik tersebut.

Sebuah pagoda dan kuil yang terletak di tengah-tengah Tasik Poyang kini hanya berdiri di atas dasar tasik yang telah kering dan seperti menjadi bangunan yang terpinggir jauh.

Menurut Stesen Hidrologi Xingzi, paras air Tasik Poyang telah menurun sebanyak 10.6 meter pada 3 November 2016. Dengan menurunnya paras air di tasik tersebut, ia memberi amaran kepada industri perikanan air tawar.

Para nelayan telah mula berasa risau dan mengadu yang tangkapan mereka telah semakin berkurangan.

Tambahan dari itu, musim menangkap ikan telah dipendekkan seawal dua bulan lebih awal dan air telah mula mengering pada bulan September 2016.

Biro perikanan tempatan berkata, sumber ikan di Tasik Poyang telah berkurangan semenjak lebih sepuluh tahun yang lalu.

Penduduk di Jiujiang sudah boleh berjalan kaki di sekitar Tasik Poyang yang telah kering.

Tasik Poyang ini sebenarnya akan kering dan membeku pada musim sejuk. Namun, pada tahun 2016 tasik ini telah mengering 54 hari lebih awal dari kebiasaan.

Paras air di bahagian Xingxi telah menurun sebanyak 12 meter pada bulan September 2016, menandakan ketibaan musim kering dan kemarau.

Menurut Biro Hidrologi Jiangxi, peringkat penurunan paras air di Tasik Poyang telah menjadi semakin panjang selepas tahun 1952. Paras air di tasik itu yang dihubungkan dengan Sungai Yangtze, mula berkurangan dari tahun demi tahun.

Ini juga memberikan penunjuk dengan berkurangannya paras air di Sungai Yangtze, disebabkan kurangnya taburan hujan, kemarau dan aktiviti manusia yang semakin pesat membangun.

Menurut laporan Xinhua, semua catatan paras air telah diambil secara rasmi dari Jabatan Sumber Air Jiangxi.

Era Baru

The post Mengejutkan! Tasik air tawar terbesar di China mengering sehingga membentuk padang rumput yang luas appeared first on Era Baru Malaysia.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini