Tuesday 3 October 2017

Misteri Penemuan Bangkai Anak Penyu Dengan Perut Terburai Bergelimpangan Akhirnya Terjawab

Misteri Penemuan Bangkai Anak Penyu Dengan Perut Terburai Bergelimpangan Akhirnya Terjawab

Minggu lalu tular di laman sosial gambar beberapa ekor bangkai anak penyu dengan perut terburai telah dijumpai terdampar di pantai Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah oleh penduduk sekitar.

 

Netizen yang berasal dari daerah berkenaan melahirkan rasa pelik kerana penduduk di daerah mereka tidak ada orang atau mana-mana suku kaum yang memakan penyu, jadi ramai tertanya-tanya ianya perbuatan siapa.

Segala persoalan ini akhirnya terjawab selepas seorang lelaki warga emas ditahan pihak berkuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah berhubung penemuan lapan bangkai penyu yang dijumpai berkenaan, lapor mStar Online.

Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pantau-Pantau direman selama lima hari.

“Pihak kami sudah mengenal pasti beberapa suspek lain dan sedang menjejaki mereka di beberapa pulau di daerah timur Sabah.” katanya.

Kes penahanan ini adalah yang pertama ditahan kerana membunuh penyu selepas kes ini telah mendapat bantahan daripada kalangan pencinta alam sekitar tempatan dan antarabangsa.

Ini bukanlah kali pertama kerana ianya selalu terjadi, terdapat penemuan 100 bangkai penyu di Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampilan di Pulau Bum-Bum, selepas itu dijumpai pula 7 ekor pada bulan 8, kes terbaru di Bum Bum dan selepas di Bum Bum 7 ekor lagi dijumpai di pulau Mabul.

kredit : Siakapkeli

 

…………………………………………………….

Biarpun Kemalangan, Tangannya Tetap Erat Pegang Surat Pelanggan – Abang Posmen Ini Dipuji Kerana Sifat Amanahnya Yang Kuat

Penang, 2 Okt – Biarpun baru sahaja terlibat dalam kemalangan, seorang posmen tetap setia memegang surat yang diamahkan kepadanya untuk dihantar walaupun darah boleh dilihat menitik dari bahagian hidung atau mulutnya.

Menurut Penang Kini, kemalangan itu berlaku di Penang Road hari ini.

Apa yang menjadikan foto posmen ini menarik adalah dia langsung tidak melepaskan surat-surat yang patut dihantar olehnya sehinggalah pengurusnya sampai.

Memuji sifat amanah posmen itu, pengguna Facebook Khairul Anuar Abd Rahim berkata “Amanah dedikasi terhadap tugas bagus bang..bagi la kidmat cemerlang tunjuk prestasi kerja yg tinggi..betanggungjawab.. dengan amanah tugas yg diberi..pihak jabatan bagi sedikit bantuan ganjaran dan surat penghargaan dia menjalankan tugas.”

Atika Aziz pula mengambil peluang untuk menyatakan rasa kesiannya terhadap posmen-posmen yang kadang-kadang terpaksa merempuh hujan untuk menyelesaikan amanah.

Kadang2 kesian dkt abng2 posmen yg hntar naik moto tambh2 time hujan sedih tgok depa terasa smpai jiwa kdng tpkir aku cari rezeki wlpon hujan di bwah bumbung tapi depa cri rezeki hujan ka pnas tadak bumbung.. Tu pon stgh org ada ja yg nk kondem depa.” tulisnya.

 

 

Diharap agar abang posmen yang amanah ini cepat-cepat sembuh!

Sumber: Penang Kini

 

…………………………………………………..

 
Jurulatih Pasukan Renang Kebangsaan Ditahan Polis Selepas Dipercayai Rogol Atlet
 

Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan berasal dari China ditahan semalam selepas dipercayai terbabit merogol seorang atlet.

Suspek yang berusia 35 tahun yang kini berstatus penduduk tetap (PR) ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur jam 12.30 tengah hari selepas mendapat laporan daripada ibu bapa mangsa pada Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihak polis akan mendapatkan kebenaran menahan suspek pada hari ini.

“Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

“Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol berkenaan berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan,” katanya lagi.

Katanya lagi, pihak polis hanya menerima laporan daripada seorang mangsa. Menurut sumber, suspek sebelum ini pernah terlibat dengan program ‘Kita Juara’ pada acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) membabitkan acara renang disiplin air.

Manakala mangsa tidak terlibat dalam mana-mana acara pada KL 2017 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lalu di Malaysia sebagai tuan rumah.

Menurut rekod, suspek sudah berada di Malaysia sejak lima tahun lalu dan merupakan bekas atlet Olimpik.

Sumber : BH Online



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini