Tuesday 3 October 2017

Para pelajar sekolah ini tidak pernah jemu mengikuti kelas fizik. Lihat mengapa mereka begitu menyayangi guru yang hebat ini!

Setiap pelajar begitu menyayanginya. Mengikuti kelasnya tiada lain selain dari berasa seronok dan berilmu pengetahuan. Guru ini mendapat sumber spiritual peribadi untuk menjadikan kaedah pembelajarannya menjadi unik dan menyeronokkan. Ikuti kisahnya.

Seorang guru fizik bernama Jeffrey Wright dari Sekolah Tinggi Tradisional Lelaki Louisville akan mengajak seorang pelajarnya ke hadapan kelas sambil berkata, "Kamu nampak satu bebola besar menyala di atas tangan saya dan naik ke syiling. Saya tidak akan membiarkan pelajar saya tidur di dalam kelas. Setiap seorang daripada mereka akan bertanya, 'Bagaimana, bagaimana, bagaimana?' Selepas kamu mendengar mereka bertanya bagaimana dan kenapa, saya akan menunjuk dan menerangkan kepada mereka. Itulah caranya untuk memberi ilmu, mencintai untuk mempelajari sesuatu."

Seorang pelajar senior bernama Chelsea Fox di sekolah tinggi itu berkata, "Beliau adalah lambang yang saya fikirkan bagaimana setiap guru sepatutnya menjadi seperti itu."

Seorang pelajar lain pula berkata, "Saya tidak pernah tidur di dalam kelasnya. Saya tidak boleh tidur di dalam kelasnya. Lelaki ini mempunyai banyak idea di dalam kepalanya dan ia sangat menyeronokkan.

Seorang pelajar pula mengakui, "Saya tidak pernah mempunyai seorang guru yang sepertinya."

Jeffrey Wright bukan sahaja mengajar subjek fizik di dalam kelas kepada para pelajarnya. Setiap tahun, guru di Kentucky, Amerika Syarikat ini akan memberikan satu syarahan istimewa tentang anak lelakinya yang kehilangan upaya. Beliau akan memberikan kisah dan pengajaran yang akan memberi makna kehidupan kepada para pelajarnya.

Anak lelakinya, Adam telah menderita dengan satu penyakit ganjil yang dikenali sebagai sindrom Joubert yang telah menyebabkan Adam tidak boleh mengawal pergerakan badannya. Di samping itu, ia telah menyebabkan penglihatannya terjejas.

Jeffrey menjelaskan, "Apabila kamu mula bercakap mengenai fizik, kamu akan mula memikir, "Apa tujuannya semua ini?" Pelajar ini akan datang kepada saya dan mula bertanya pelbagai soalan. Saya mahu mereka melihat didalam kehidupan mereka dari perspektif yang sedikit berbeza. Dan ia ditunjukkan menerusi undang-undang fizik. Ia akan memberi mereka satu tujuan dan makna di dalam hidup."

Jeffrey berasa sangat sedih dengan keadaan anak lelakinya yang kehilangan upaya dan berfikir, "Semua impian yang saya fikirkan untuk anak lelaki saya telah pergi dan berlalu begitu sahaja."

Namun begitu, pada satu hari, Jeffrey menyedari yang anak lelakinya boleh melihat. Jeffrey dan isterinya telah mengajar Adam sedikit bahasa isyarat yang mudah. Kemudian, Adam telah memberikan bahasa isyarat dengan berkata, "Saya sayang kamu."

Dalam syarahan Jeffrey di dalam kelasnya, beliau berkata, "Tiada yang lebih menakjubkan apabila kamu dapat melihat perkara ini. Ia adalah sesuatu yang lebih hebat dari tenaga." Tambahnya lagi dan bertanya kepada para pelajarnya, "Apa yang lebih mengagumkan dari entropi. Apa perkara yang paling hebat?"

Dan para pelajarnya menjawab, "Kasih sayang!"

Bukan mudah bagi Jeffrey Wright memberitahu kisah peribadi kepada para pelajarnya tetapi beliau tahu, beliau perlu melakukannya. Katanya, "Apabila anda melihat fizik, semuanya tentang undang-undang dan bagaimana bumi ini berfungsi. Tetapi kamu tidak mengaitkan undang-undang fizik itu dengan tujuan yang lebih besar, tujuan yang berada di dalam hati kamu, dan ia hanya tinggal di situ dan menanyakan satu soalan, 'Siapa yang peduli?'."

Kata Jeffrey lagi, "Anak-anak sangat spiritual dan mereka mahukan tujuan yang lebih besar. Saya berfikir yang saya perlu memberikan mereka satu cerita yang membolehkan mereka untuk berfikir tentangnya."

Jeffrey juga berharap para pelajarnya akan mendapat inspirasi dalam menentukan karier mereka di dalam penyelidikan sains dan genetik selepas mendengar syarahannya.

Ujar Jeffrey Wright, "Dari situlah saya mencari harapan melalui para pelajar saya. Mungkin saya dapat memberikan sedikit inspirasi kepada para pelajar saya untuk berminat di dalam lapangan ini. Siapa yang tahu? Kita mungkin boleh mencari jalan berfikir dan membuat sesuatu yang berguna untuk membantu Adam pada satu hari nanti.

Itulah harapan Jeffrey Wright, guru unik yang bermotivasi tinggi ini. Beliau tidak pernah berputus harapan untuk melihat anak lelakinya Adam akan pulih di masa hadapan.

Kredit foto oleh Youtube Screenshot/The New York Times.

Era Baru

Lihat video yang memberi inspirasi di bawah:

The post Para pelajar sekolah ini tidak pernah jemu mengikuti kelas fizik. Lihat mengapa mereka begitu menyayangi guru yang hebat ini! appeared first on Era Baru Malaysia.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini