Tuesday 3 October 2017

Permohonan UIAM Februari 2018 Online

Permohonan Kemasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Februari 2018 Online. Second intake untuk kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini dibuka kepada pelajar seperti lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM. Permohonan UIAM Februari 2018 Ambilan Kedua dibuka secara online untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan PhD.

Untuk makluman, UIAM adalah di antara 5 buah Universiti Awam (UA) yang ada membuka pengambilan kedua atau second intake untuk sesi kemasukan Februari/ Mac 2018. UA lain adalah UiTM, UTHM, UPSI dan UUM.

Permohonan UIAM Februari 2018 Online Ambilan Kedua

Permohonan Kemasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ambilan Februari 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan UIAM Februari 2018 Online Ambilan Kedua yang memaparkan informasi berkaitan tarikh buka dan tutup permohonan, syarat kelayakan, applikasi permohonan,

Maklumat Tarikh Permohonan UIAM

  • Tarikh Buka : 1 Oktober 2017
  • Tarikh Tutup : 1 November 2017

Applikasi Permohonan UIAM Februari 2018 Online

Untuk memohon, pelajar boleh mengkases Applikasi Permohonan di

Sila daftar akaun (jika berlum mendaftar) dan ikuti arahan/ langkah yang telah ditetapkan.

  • Pemohon tidak perlu membeli no pin dan sebagainya, Anda boleh terus membuat permohonan jika memenuhi syarat kelayakan am dan khas kursus pengajian yang ingin dipohon.

Syarat Umum Kelayakan Permohonan UIAM

Untuk pelajar yang berminat, berikut adalah syarat kelayakan umum (akademik) untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana UIAM mengikut lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM:-

  1. Lulus di peringkat SPM atau bersamaan dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf
  2. Kredit dalam “Pendidikan Islam” / “Tasawwur Islam” / “Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah” / “Pendidikan Islam Syariah” di peringkat SPM atau setaraf
  3. Kredit dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran dalam SPM / setaraf

Syarat Kelayakan Mengikut Kelulusan

Lepasan Diploma

Bagi lepasan diploma atau mana-mana Kelayakan Setara yang lain dengan PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti

Lepasan STAM

Lulus di peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan

Lulusan Asasi UIAM

Semakan CGPA mengikut fakulti pengajian yang dipohon boleh dibuat di semak secara online di  : CGPA CHECK

Lepasan STPM

  1. Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00 atau sekurang-kurangnya: Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam Kertas Am; Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam dua [2] mata pelajaran lain yang diambil
  2. Memiliki kelayakan “Malaysian University English Test” (MUET) mengikut syarat khas program yang dipohon DAN universiti berhak mengubah syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Syarat Kelayakan Pemohon Dari Luar Negara

Keperluan akademik am untuk kemasukan ke program sarjana Ijazah IIUM adalah:-

  • Sekurang-kurangnya tiga (3) pas utama dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan ‘Tahap Lanjutan’ (GCE) ‘A’ Peperiksaan (Sistem Pendidikan Inggeris) yang diperolehi dalam satu persidangan

ATAU

  • Lulusan International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya enam (6) subjek yang diperolehi dalam satu sesi

ATAU

  • Mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti sebagai bersamaan dengan kelulusa di atas

 

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Program pengajian yang ditawarkan di UIAM boleh disemak secara online di UIAM COURSES FEBRUARI 2018

Selamat membuat permohonan kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ambilan Februari 2018 secara Online (second intake). Semoga permohonan UIAM anda berjaya.

The post Permohonan UIAM Februari 2018 Online appeared first on Permohonan.my.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini