Tuesday 3 October 2017

Rugi RM6 Juta, Ini Senarai Barang Mewah Yang Dirampas Pihak Polis Apabila Menahan Dato Boy Iman


Ketika ini isu paling panas dan hangat diperkatakan sudah tentunya kes dakwaan penipuan melibatkan Dato Boy Iman.

Ianya bagi menyiasat skim penjualan rumah murah dengan harga tidak masuk aka; yang terlalu murah di bawah harga market sebenar.

Pelakon yang juga usahawan Dato Boy Iman bersama dua lagi rakannya telah ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan.

Pihak polis mengesahkan berita itu setelah menerima sebanyak 188 laporan polis.

Ini kenyataan polis:


“Pihak kami telah menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat berkenaan melibatkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta”

“Syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

“Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Ketika tangkapan dibuat, pihak polis turut merampas barangan mewah.

Ini senarai barangan mewah yang dirampas:

- Sebuah kereta Nissan Fairlady
- BMW E92
- 3 Unit telefon bimbit

Selain itu, sijil doktor falsafah daripada Samaritan Mission International University turut dirampas.


View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini