Tuesday 3 October 2017

[Video] Reaksi si comel cilik ini meruntun jiwa apabila menonton filem dinosaur!

Jarang sekali kita dapat melihat anak kecil yang masih tidak memahami apa-apa menunjukkan emosinya dan membawa bersama emosi kita untuk memahami perasaannya. Kanak-kanak kecil ini telah berjaya membawa kita semua bersimpati dengan emosinya apabila si comel ini menonton filem dinosaur.

Si kecil ini dirakam ibunya apabila dia dengan khusyuk menonton filem dinosaur kecil di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba ibunya melihat si comel ini menjadi sebak dan sedih sambil mengeluarkan air matanya.

Kredit: Youtube.com

Ibunya bertanya, "Apa yang berlaku? ". Si comel ini dengan berlinangan air mata berkata "Dinosaur itu bersedih!"

Ibunya bertanya lagi, "Dinosaur itu bersedih? Oh tidak, kenapa dia bersedih?"

Si comel ini berkata dengan nada yang sedih dan pelat, "Sebab dinosaur itu terjatuh. Kesian dinosaur itu terjatuh."

Ibunya bertanya lagi sambil tertawa kecil, "Dinosaur terjatuh. Oh tidak.. Kesian. Dinosaur itu terjatuh ke dalam air?"

Si kecil ini menjawab sambil airmatanya mengalir di pipi, "Ya, dinosaur itu terjatuh ke dalam air!"

Kemudian ibunya berkata, "Tapi tengok itu, dinosaur itu sudah baik. Wow! Dinosaur itu telah bangun. Lihat!"

Ibu si comel ini meminta anak perempuannya itu berkata bangun dinosaur dan dia pun berkata, "Ayuh bangun dinosaur!"

Kredit: mirror.co.uk

Ibu si comel ini bertanya lagi, "Dinosaur itu membuat kamu bersedih?"

Si comel ini menjawab, "Itu yang membuat saya bersedih. Dinosaur itu membuat saya bersedih!"

Kemudian ibunya berkata, "Tapi lihat, dinosaur itu telah baik-baik sahaja dan gembira bukan?"

Sambil berlinangan air mata, si comel ini berkata, "Dinosaur itu rindukan ibunya. Dinosaur itu mahukan ibunya. Katalah dinosaur... Ibu!"

Rupa-rupanya si comel ini bersedih kerana dia melihat dinosaur kecil itu telah kehilangan ibunya. Bagaimana perasaannya apabila kehilangan ibu dan hidup berseorangan tanpa diberi bantuan oleh ibunya apabila melihat dinosaur kecil itu telah terjatuh ke dalam air. Dan itu telah meruntun jiwanya dan menjadi sedih.

Kanak-kanak perempuan kecil yang comel ini seorang yang berjiwa sensitif dan lembut. Bagaimana tingkah lakunya apabila membesar kelak? Pasti si comel ini akan selalu berasa prihatin dengan orang lain dan menyayangi mereka dengan jiwanya yang lembut itu.

Lihat rakaman video yang comel ini di bawah.

Era Baru

The post [Video] Reaksi si comel cilik ini meruntun jiwa apabila menonton filem dinosaur! appeared first on Era Baru Malaysia.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini