Tuesday 3 October 2017

15 helah keibubapaan yang boleh dipraktikkan untuk melayan kerenah anak-anak

Ibu bapa sentiasa mencari helah dan idea untuk menggembirakan dan menghiburkan anak-anak atau sekurang-kurangnya untuk mengelakkan mereka daripada membuat masalah seperti bergaduh sesama sendiri, berebutkan mainan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah beberapa langkah terbaik yang perlu diambil tahu dan perhatian oleh setiap ibu bapa. Anda akan berasa kagum betapa mudahnya untuk mempraktikkan 15 helah ini dan ianya sangat berkesan!

Selamat mencuba!

#1 Menukar kotak lama menjadi satu permainan baru

Kredit: somemotherstuff

Jika anda masih menyimpan kotak-kotak lama seperti kotak mesin basuh, kotak peti sejuk atau apa sahaja kotak, inilah masa untuk anda menggunakannya. Curahkan segala kreativiti anda untuk mencipta keseronokan bersama anak-anak seperti ini.

Pasti mereka akan melupakan kemahuan untuk bermain hujan di luar rumah.

#2 Letakkan alas di bawah meja makan anak-anak

Kredit: Parent Hacks

Makan sambil bermain adalah keseronokan buat anak-anak. Anda boleh letakkan alas di bawah meja makan mereka seperti ini.

Mereka gembira, anda pun gembira kerana anda tidak perlu bersusah payah membersihkan lantai yang kotor akibat daripada tumpahan makanan atau minuman.

#3 Buih sabun

Kredit: Parent Hacks

Bermain buih sabun sangat menyeronokkan anak-anak tetapi sebagai ibu bapa pasti anda bimbang jika mereka jatuh tergelincir akibat air sabun yang tertumpah bukan? Untuk mengatasi masalah itu mudah sahaja.

Ikatkan bekas air sabun pada kaki kerusi seperti ini, pasti air sabun tidak akan tertumpah.

#4 Jadikan bekas ais kuib sebagai palet warna air

Kredit: Parent Hacks

Warna air sering melimpah ketika anak-anak menggunakan palet biasa bukan? Apa kata anda gunakan bekas ais kiub seperti ini.

Pasti si kecil akan lebih mudah menggunakannya.

#5 Kapur cecair

Kredit: chudo_utka

Alternatif yang hebat untuk aktiviti lukisan adalah dengan mencampurkan kapur berwarna cerah dengan air dan berikan anak anda berus. Biarkan mereka berimaginasi di kaki lima dengan alat melukis tersebut dan lihat hasilnya nanti.

#6 Bersenam bersama anak-anak

Kredit: tricia_espada

Anda sentiasa boleh meminta anak-anak membantu anda melakukan senaman. Dengan cara itu mereka akan terus sibuk tetapi pada masa yang sama anda akan turut mendapat faedahnya dan mungkin tidak perlu pergi ke gim selepas ini?

#7 Potong buah tembikai dengan potongan yang kecil

Kredit: begley_fitness

Potong buah tembikai seperti ini kerana ia bukan sahaja memudahkan anak-anak memakannya tetapi dapat mengelakkan daripada bersepah.

#8 Kanvas untuk anak-anak melukis

Kredit: Parent Hacks

Anak-anak jika dibiarkan melukis berjam-jam lamanya masih boleh bertahan. Gunakan plastik besar untuk dijadikan sebagai kanvas buat mereka melukis.

Pastikan anda mengingatkan mereka bahagian mana yang boleh dan bahagian mana yang tidak boleh diconteng. Anda juga boleh menggunakan kertas berwarna putih yang besar untuk menggantikan plastik jernih seperti ini.

#9 Rantai leher daripada span

Kredit: 1crazyhousetips

Anda bimbang anak-anak bermain dengan barang kemas anda? Apa kata gunakan span dan potong mengikut bentuk yang menarik untuk dijadikan rantai seperti ini.

Selain dapat menggembirakan mereka, anda secara tidak langsung telah melatih mereka berfikir di luar kotak.

#10 Piring alas untuk ais krim

Kredit: Parent Hacks

Makan ais krim pada cuaca panas memang menyamankan tekak dan bukan anak-anak sahaja malah orang dewasa juga menggemarinya.

Buatkan piring alas seperti ini dengan menggunakan piring kertas supaya apabila ais krim mencair, ia tidak terkena pada tangan dan pakaian si kecil.

#11 Mangkuk bertutup untuk snek anak-anak

Kredit: ysis

Berikan snek kepada anak-anak dalam bekas bertutup supaya tidak bersepah. Dengan cara ini mereka akan lebih fokus untuk cuba mendapatkan makanan tersebut dan anda dapat melakukan kerja-kerja rumah dengan lebih tenang.

#12 Biarkan anak-anak membantu anda mengecat

Kredit: Parent Hacks

Ya, biarkan mereka mengecat tetapi bukan dengan menggunakan cat betul sebaliknya gunakan air sahaja. Mereka pasti berasa seronok kerana anda membenarkan mereka membantu anda mengecat.

#13 Cap daripada kentang

Kredit: theeverydaymomlife

Ambil kentang dan potong kepada pelbagai bentuk. Gunakan cat air untuk menjadikannya aktiviti lukisan yang menarik.

Ia pasti menyeronokkan dan dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.

#14 Bekas menyimpan makanan

Kredit: Parent Hacks

Sediakan bekas menyimpan makanan anak-anak supaya mereka tidak kelaparan ketika dalam perjalanan yang jauh menuju ke sesuatu destinasi. Letakkan pek ais supaya makanan tersebut kekal segar.

#15 Penyangkut kecil

Kredit: melissasabra

Dengan adanya penyangkut kecil seperti ini, anda dapat mencapai pelapik dada dengan lebih mudah ketika hendak memberi makan kepada anak-anak.

Era Baru

The post 15 helah keibubapaan yang boleh dipraktikkan untuk melayan kerenah anak-anak appeared first on Era Baru Malaysia.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini