Tuesday 3 October 2017

Lucas, si arnab comel dengan telinga yang panjang kini menjadi sensansi di Instagram dengan tontonan video lebih 500 ribu kali!

Si comel Lucas bukanlah arnab biasa; dia mungkin mempunyai telinga sangat panjang dan yang paling panjang yang pernah anda lihat dimiliki oleh seekor arnab.

Apa yang lebih menariknya, telinganya yang panjang telah membolehkannya untuk mendengar bunyi sehingga 2 batu jauhnya dan serta dapat mengesan bahaya yang datang.

Namun memandangkan dia kini tinggal bersama tuannya di New York dia tidak berhadapan dengan apa-apa ancaman. Tiada apa yang harus dirisaukannya.

Setiap hari dia sibuk dengan 'aktivitinya', bermain dan berlari di atas permaidani dan perabot serta menyorok daripada tuannya.

Video-video lucunya kini boleh ditonton di Instagram!

Kredit: © Instagram | lucas_the_lop

Video Lucas telah ditonton oleh hampir 500,000 tontonan dan dia disayangi oleh 16,000 orang pengikut di Instagramnya.

Lucas dilihat sangat gemar akan blueberries dan apabila dia terasa panas, telinganya akan membantunya untuk menyejukkannya kerana pembuluh darah di telinganya dapat membantu pengaliran darah.

Kredit: © Instagram | lucas_the_lop

Kredit: © Instagram | lucas_the_lop

Lihat sahaja gambar-gambarnya di Instagram, jelas sekali dia memang disayangi dan sangat dimanjakan oleh tuannya. Walaupun memiliki telinga yang panjang perkara itu tidak lansung menjejaskan pergerakan Lucas.

Dia masih aktif bergerak dan bebas tinggal di rumah tuannya.

Kredit: © Instagram | lucas_the_lop

Orang ramai mula jatuh cinta dengannya kerana kecantikannya di dalam gambar serta kecomelan yang dimilikinya. Ramai yang memuji kecomelannya dan tidak ketinggalan ramai yang mahu memiliki arnab sepertinya.

Siapa sahaja yang tidak mahu memiliki arnab seistimewa Lucas!

Kredit: ©Instagram | lucas_the_lop

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini