Tuesday 3 October 2017

Tuah badan! Kanak-kanak 9 tahun mirip artis Korea Song Hye Kyo ini terkenal sebagai model pakaian kanak-kanak terkenal dunia!

Melihat wajah cantiknya pasti akan membuatkan sesiapa pun pasti akan tertawan. Si cantik, Ella Gross yang berusia Sembilan tahun kini berjaya menarik perhatian ramai apabila muncul sebagai model pelbagai jenama pakaian kanak-kanak yang popular di dunia.

Dilahirkan di Amerika sayrikat, si cantik yang berdarah campuran Jerman dan Korea Selatan ini sudah memulakan kariernya sebagai model walaupun masih pada usia yang sangat muda.

Dengan wajah dan gaya yang kelihatan segar dan ‘stylish’ dia dilihat sangat berbakat dalam kerjaya yang diceburinya.

Melihat akan keayuannya ramai yang mengatakan bahawa si kecil ini sangat mirip dengan artis terkenal Korea Selatan Song Hye Kyo.

Mirip bukan? Agak-agaknya ini kah raut wajah Ella ketika dewasa kelak? atau mungkin lebih cantik!

Ramai juga yang berpendapat bahawa Ella persis artis terkenal itu kerana mewarisi kecantikannya daripada ibunya yang berasal dari Korea Selatan.

Ayahnya pula berasal dari Jerman dan memiliki tampang kebaratan manakala ibunya memiliki wajah asli wanita Korea.

Raut jelita Ella dilihat sangat mirip dengan ibunya!

Selain berbakat dalam bidang pemodelan, si cilik ini juga memiliki bakat dalam dalam nyanyian dan tarian balet. Tidak cukup dengan itu dia juga suka akan muzik dan pandai bermain gitar.

Bagi yang tidak mengenalinya pasti tidak percaya bahawa model ini baru berusia Sembilan tahun!

Ramai yang berpendapat bahawa Ella mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang pemodelan. Mana tidaknya begitu ramai yang menyukai hasil kerjanya. Banyak syarikat besar dan terkenal sangat mengagumi hasil kerjanya termasuk jenama terkemuka dunia Abercrombie & Fitch, Levis, Lacoste, Zara dan sebagainya.

Percaya atau tidak, Ella kini dikatakan mempunyai lebih daripada 150,000 pengikut di Instagramnya!

Sumber: looker

Era Baru

The post Tuah badan! Kanak-kanak 9 tahun mirip artis Korea Song Hye Kyo ini terkenal sebagai model pakaian kanak-kanak terkenal dunia! appeared first on Era Baru Malaysia.



View Original

No comments:

Post a Comment

Cari Blog Ini